Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melawat laman web kami ini. Secara umumnya, laman web ini dibangunkan adalah sebagai titik permulaan kami untuk memasuki dunia perniagaan pada masa akan datang (A.S.A.P) dan juga sebagai pusat perhubungan di antara syarikat kami bersama dengan pelanggan-pelanggan kami.
Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana merestui dan memberi petunjuk kepada kami dalam menyiapkan pelan perniagaan kami ini.
Penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada rakan-rakan kami sama ada yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung. Tanpa sokongan, idea-idea, kepercayaan anda semua, pelan ini mungkin tidak akan berjaya disiapkan. Kami tidak akan melupakan anda semua. (Kepada Mohamad Rozman Besiri: Thanks bro!)
Ucapan terima kasih ditujukan kepada ahli kumpulan kami sendiri. Kami ingin meraikan ahli kumpulan kami sendiri kerana sudi bekerjasama dan memberikan tanggungjawab yang sepenuhnya yang diperlukan di antara kami selama ini. Dengan ini, kami telah berjaya menyiapkan pelan ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah.
Akhir sekali, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga kami untuk kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan sangat memahami kami atas apa yang kami mahukan. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa memberikan dorongan moral dan sentiasa mendoakan kejayaan kami. Terima kasih semua!
:: Hakcipta Terpelihara© 2010 Asal® Oleh «[ zís ]» ::